MAJLIS BACAAN YASIN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) KHUSUS BUAT ALMARHUM HAJI ABD RAHMAN AYUB, AYAHANDA YBHG. PROF. Ts. DR NORAZAH ABD RAHMAN

12 Januari 2024 | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin khusus 

buat Almarhum Haji Abd Rahman Ayub, ayahanda YBhg. Prof. Ts. Dr Norazah Abd Rahman yang dipimpin oleh Alfadil Ustaz Hj Md Idris Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Unit Masjid UiTM. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Berlian, Aras 3 Bangunan Wawasan yang dihadiri secara fizikal oleh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan secara atas talian.

YBhg Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman dalam ucapannya menzahirkan ribuan terima kasih kepada semua warga Pejabat TNCPI yang bersama-sama hadir bagi membacakan yasin buat Almarhum Haji Abd Rahman Ayub, ayahanda beliau. Pada permulaan majlis tersebut, Ts. Mohd Rafizi Rahmad mengambil kesempatan mengumumkan lantikan-lantikan baharu dan lantikan semula pentadbir akademik untuk jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) dan mengucapkan tahniah serta selamat menjalankan tugas di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Ucapan tahniah dan syabas turut diberikan kepada lapan (8) orang staf kontrak yang baharu sahaja dilantik semula melalui pembaharuan kontrak di pejabat ini. Majlis Bacaan Yasin ini berakhir pada jam 9.30 pagi dengan jamuan ringan.
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
147
1232
4233
177699

18-10-2024