MAJLIS APRESIASI STAF PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UiTM 2022

27 Disember 2023 - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Staf bagi meraikan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Cemerlang TNCPI bagi tahun 2022.

Majlis berlangsung dalam format high-tea yang santai pada 27 Disember 2023 di Dewan Kolej Seroja UiTM bermula jam 2.00 petang. Seramai 132 menerima anugerah masing-masing sambil disajikan persembahan oleh warga kerja Pejabat TNCPI.

 

Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dalam ucapannya berterima kasih kepada semua staf yang disifatkannya sebagai “unsung heroes” yang bekerja dengan penuh dedikasi dan komitmen untuk menjadikan UiTM sebagai pusat keunggulan penyelidikan. Setiap usaha, idea dan tindakan positif yang dilakukan adalah sebab UiTM berada di tahap ini sekarang. Beliau juga menyatakan setiap staf merupakan aset yang amat bernilai, yang mempunyai kekuatan masing-masing, meskipun mungkin mempunyai perbezaan pendapat, tetapi boleh berkerja sebagai sebuah pasukan yang besar.

 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
148
1233
4234
177700

18-10-2024