SHAH ALAM, 9 DISEMBER 2024 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam
dan Amanat Khas Naib Canselor UiTM bersama Pengurusan Institut Patologi, Perubatan Makmal dan Forensik (I-PPerForM) di Hotel UiTM Shah Alam.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan besar I-PPerForM yang telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam bidang Patofisiologi Kardiovaskular. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting yang memperkukuhkan komitmen UiTM dalam memajukan penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi.
Amanat Khas yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Shabuddin FASc, Naib Canselor UiTM, turut memberi penekanan kepada usaha memacu kecemerlangan penyelidikan dalam bidang nic yang telah ditetapkan oleh KPT. Beliau menyeru agar UiTM terus menjadi pusat rujukan profesional dan mempertingkatkan kedudukan universiti di persada dunia.
Turut hadir pada majlis ini adalah YBrs. Profesor Dr. Yusmiaidil Putera Mohd Yusof, Pengarah I-PPerForM, bersama felo tetap dan felo bersekutu. Delegasi Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), bersama pengurusan kanan JPI.
Semoga pencapaian I-PPerForM ini memberi inspirasi kepada semua Pusat Kecemerlangan (CoE) di UiTM untuk terus meningkatkan prestasi dan berusaha untuk menjadi HICoE pada masa hadapan.
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Institute of Pathology, Laboratory and Forensic Medicine
Azah Rahman