FORUM TEKNOLOGI DAN KEPIMPINAN: KONGSI PENGALAMAN JPI UiTM DI SIDANG KEMUNCAK THE STAR CHIEF PEOPLE OFFICER (CPO) 2024

Pada 14 November 2024, saya tampil sebagai panelis utama dalam forum bertajuk "Impact on Leadership: Enhancing Leadership Decision-Making with Emerging Technologies

di Sidang Kemuncak The STAR Chief People Officer (CPO) 2024 yang diadakan di Hotel Pullman Kuala Lumpur. Turut bersama sebagai panel ialah Tuan Koljit Singh, Vice President (VP) Culture and Transformation di FGV Holdings Bhd. Saya berkongsi pengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang sumber manusia sektor awam, khususnya di UiTM. Moderator forum, Puan Neene Alang dari Delta Capital, memandu perbincangan yang merangkumi peranan teknologi terkini dalam memperkasa kepimpinan dan pembuatan keputusan strategik. Dalam sesi tersebut, saya menekankan bagaimana UiTM, sebagai institusi pendidikan awam terbesar, menggunakan teknologi asas sehingga teknologi terkini untuk menyokong pengurusan sumber manusia dan meningkatkan kecekapan pembuatan keputusan. Saya turut berkongsi kisah-kisah menarik tentang pelaksanaan teknologi dalam persekitaran kompleks UiTM yang telah membantu dalam menambah baik fleksibiliti kepimpinan serta mewujudkan budaya peningkatan berterusan. Perkongsian pengalaman dan aspirasi termasuk kisah disebalik slogan JPI – ”Pemangkin Idea” mendapat sambutan positif daripada peserta forum, yang terdiri daripada pengamal sumber manusia profesional dari sektor swasta, korporat dan perkhidmatan awam. Forum ini berjaya membuka ruang perbincangan bermakna mengenai cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemimpin masa kini dalam era digital yang serba pantas. Platform ini menegaskan komitmen UiTM khususnya serta semua IPTA dan IPTS umumnya untuk menerajui amalan terbaik dalam kepimpinan dan pengurusan sumber manusia, selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof TNCPI yang meluluskan kehadiran saya ke sidang kemuncak anjuran akhbar The STAR ini. Juga terima kasih saya kepada Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) yang mencalonkan saya sebagai salah seorang panel di sidang kemuncak ini.

Disediakan oleh:
Ts. Mohd Rafizi Rahmad CHRM, MMIHRM
Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia JPI UiTM
Merangkap Naib Presiden 1 MIHRM
  
         
     
 
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
198
673
793
188174

04-12-2024