UiTM DAN POLITEKNIK UJUNG PANDANG MENANDATANGANI MOU DI THE 2ND MAKASSAR CONFERENCE OF APPLIED SCIENCES (MCAS)

The 2nd Makassar Conference of Applied Science (MCAS) berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2024 di Claro Hotel Makassar, Indonesia. 

YBhg. Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama bertajuk Pyrolysis: Transforming Waste to Wealth for Sustainable Solid Waste Management and Energy Generation. Turut bersama YBhg. Prof sebagai penyampai ucaptama adalah Prof. Dr Lorne Cummings (University of Canberra, Australia), Prof. Hatori Tsuyoshi (Ehime University, Japan) dan Prof. Dr Ir Lilik Sudiajeng (Politeknik Negeri Bali, Indonesia). Jemputan ini merupakan satu pengiktirafan kepada kekuatan bidang Kejuruteraan Kimia UiTM yang berada dalam kedudukan 401-430 terbaik dunia yang diiktiraf oleh QS Ranking. Turut menyertai konferensi ini adalah Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar JPI dan Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Strategik, JPI. Satu MoU juga telah ditandatangani semasa konferensi ini antara UiTM dan Politeknik Ujung Pandang yang akan meningkatkan lagi kolaborasi penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta mobiliti staf dan pelajar. Semoga hubungan baik antara UiTM dan institusi pendidikan di Indonesia dapat menggalakkan penyelidikan rentas sempadan dan berimpak tinggi.

Ucaptama ini mendapat banyak soalan dari peserta. Prof. Ir. Dr. Muhammad Anshar dari PNUP melahirkan keterujaan mendengar ucaptama YBhg. Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman dan telah mengutarakan soalan jika beliau boleh berkolaborasi dengan UiTM dalam bidang pembaharuan tenaga (renewable energy). Ini kerana teknologi di Indonesia masih tidak begitu baik dan banyak peralatan penyelidikan terkini tiada di kampusnya. YBhg. Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman memaklumkan dengan adanya MoU yang telah ditandatangani antara UiTM dan PNUP, kerjasama penyelidikan boleh dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat. YBhg. Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman mempelawa semua peserta konferensi untuk turut sama dalam kerjasama penyelidikan ini. Penjelasan tentang Micro-Industry Hub (MIH) turut mendapat perhatian peserta kerana melihat adanya industri yang bekerjasama dengan UiTM. Peserta meminta dikongsikan rahsia dan bagaimana UiTM melakukannya? YBhg. Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman menjelaskan secara umum, kaedah yang dilaksanakan dengan menekankan komitmen pengurusan atasan UiTM dalam menentukan halatuju. Ia akan dibantu dengan kuat oleh pasukan kerja dari JPI khususnya dengan membuat gerak kerja ke peringkat akar umbi termasuk melibatkan alumni UiTM dari industri.

 

Disediakan oleh
Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari
Ketua Unit Maklumat Strategik, JPI
 
  
         
     
 
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
167
967
6138
193519

26-12-2024