PROGRAM OUTREACH RESEARCH DI UiTM CAWANGAN PERLIS

Pada Rabu 18 September 2024 telah berlangsung Program Outreach Research daripada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) UiTM ke UiTM Cawangan Perlis.

Delegasi Jabatan Penyelidikan dan Inovasi diketuai oleh Prof. Ts. Dr Norazah Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bersama ketua jabatan, wakil-wakil Pusat Kecemerlangan (CoE) dan pegawai-pegawai JPI telah disambut oleh Prof Madya Ts. Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, selaku menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis bersama Timbalan Rektor  PJIM&A dan staf UiTM Cawangan Perlis. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JPI bersama warga UiTM Cawangan Perlis yang telah dihadiri oleh penyelidik, pensyarah, staf unit makmal, staf unit ladang dan staf PJIM&A. Program ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Rektor UiTM Cawangan Perlis dan diikuti oleh ketua delegasi JPI UiTM, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Taklimat seterusnya oleh setiap Pengarah JPI yang menyampaikan fungsi dan peranan RMC, ReNeU, BITCOM, Penerbit UiTM dan Pusat Cemerlangan (CoE). Sesi bual bicara antara dua hala telah dilaksanakan bagi berkongsi idea dan pendapat berkaitan hal ehwal penyelidikan. Di akhir lawatan program outreach tersebut, delegasi JPI UiTM turut dibawa melawat ke makmal penyelidikan di UiTM Cawangan Perlis iaitu Makmal Penyelidikan Biologi, Fizik, Agroteknologi dan juga Makmal Penyelidikan di PJIM&A. Pihak JPI amat menghargai Bahagian PJIM&A UITM Cawangan Perlis yang menyambut baik kedatangan delegasi JPI bagi program outreach ini seterusnya dapat memacukan kecemerlangan penyelidikan di UiTM Cawangan Perlis. 


Disediakan oleh:

Norazlin Haji Suboh

Ketua Unit Operasi Penyelidikan

RMC JPI UiTM

  
         
     
 
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
195
995
6166
193547

26-12-2024