Jabatan Penyelidikan Inovasi UiTM dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Entiti Kecemerlangan 2024 yang diadakan di UiTM Perlis pada 19 September 2024
Bengkel ini dipimpin oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal dari Neksus Penyelidikan UiTM, dengan kehadiran YBrs. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pengarah HICoE, serta pengarah-pengarah dan wakil-wakil dari CoE.
Bengkel ini bertujuan untuk mentransformasikan Entiti Kecemerlangan UiTM dengan memperkukuh visibiliti dan menjadikannya sebagai pusat rujukan utama dalam bidang penyelidikan yang telah dikenalpasti. Perbincangan serta perkongsian amalan terbaik antara para pemimpin HICoE dan CoE dijalankan bagi mencapai objektif ini. Selain itu, bengkel ini juga berperanan dalam memperkukuhkan pencapaian Entiti Kecemerlangan UiTM, dengan penekanan terhadap komitmen dalam memenuhi kriteria penilaian prestasi yang dipantau oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi.
Para peserta turut membincangkan isu-isu berkaitan sumber manusia, tadbir urus geran penyelidikan dalaman, serta pelbagai perkara lain yang bertujuan meningkatkan lagi prestasi Entiti Kecemerlangan UiTM.
Disediakan oleh
Nurulakma Hairoman
PPK ReNeU