KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) KE SABAH INVEST BUKA PELUANG KERJASAMA PENYELIDIKAN.

 

Pada 05 Julai 2024, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) diketuai Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melengkapkan siri lawatan kerja rasmi ke Sabah dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama Sabah Invest di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Dr. Firdausi Suffian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Puan Nirvana Jalil Ghani, Ketua Pegawai Komunikasi (CCO) dan Puan Ily Lia Affiqah Mh Subari, Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat.

Pertemuan singkat sebelum kepulangan ke Tanah Semenanjung ini telah membincangkan dan mendalami beberapa potensi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak khususnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi melalui rangkaian Pejabat ini di Sabah iaitu Bahagian Penyelidikan UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Turut serta bersama YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman dalam pertemuan ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM.
 

Disediakan oleh:

Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar   

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
119
1382
3733
184024

16-11-2024