Pada 05 Julai 2024, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) diketuai Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
telah dibawa melawat ke Taman Kinabalu Sub Stesen Monggis yang merupakan Tapak Warisan Dunia yang mana terletaknya Taman Nickel (Nickel Garden) yang pertama di dunia. Lawatan ini diiringi oleh Dr Julenah Ag Nuddin, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sabah.
Sub-Stesen Monggis di Ranau, merupakan tapak pemuliharaan genetik spesies tumbuhan nikel yang jarang ditemui di Sabah yang berpotensi untuk pertanian. Taklimat disampaikan oleh Encik Sukaibin Sumail menerangkan proses menggunakan tumbuhan untuk mengekstrak logam (nickel) daripada tanah berpotensi untuk menjadi lebih mesra alam serta alternatif yang mampan untuk memulihara alam sekitar.
Turut menyertai YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman dalam penerokaan yang berharga ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM.

Disediakan oleh:
Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar