KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENYELIDIKAN & INOVASI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KUKUHKAN SINERGI PENYELIDIKAN.

 

Pada 04 Julai 2024, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) diketuai Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penyelidikan & Inovasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ketibaan delegasi disambut baik Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Objektif lawatan adalah sebagai penandaarasan bersama pihak UMS bagi bertukar pandangan dan pengetahuan serta kemahiran yang ada di antara kedua-dua buah Universiti khususnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi untuk memupuk kerjasama dan sinergi melalui Pejabat Bahagian Penyelidikan, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Pada kesempatan ini juga, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah dibawa melawat Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) yang merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) UMS yang memfokuskan kepada skop bidang temanya iaitu ‘Pemuliharaan dan Pembangunan Lestari Sumber Laut’.

Hadir sama pada sesi ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM.

 

Disediakan oleh:

Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar   
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
190
990
6161
193542

26-12-2024