Pada 03 Julai 2024, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah membuat lawatan ke beberapa fasiliti penyelidikan bertempat di Bangunan Makmal Sains, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu. Di antara makmal yang terdapat disini ialah:
i. Makmal Alam Sekitar;
ii. Makmal Instrumentasi;
iii. Makmal Kajiukur;
iv. Makmal Akuatik;
v. Makmal Zoologi;
vi. Makmal Botani;
vii. Makmal Mikrobiologi;
viii. Makmal Teknologi Pemprosesan Makanan;
ix. Makmal Sains Makanan; dan
x. Makmal Kejuruteraan Pertanian.
Dikesempatan ini juga, pensyarah mengambil peluang untuk bertukar pandangan dan memohon penambahbaikan berterusan demi kelansungan dan kelestarian penyelidikan dan inovasi di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu dalam menyokong dan merancakkan agenda penyelidikan dan inovasi UiTM.
Turut menyertai YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman pada lawatan ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM.
Disediakan oleh:
Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar