TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) MELUANGKAN MASA KE KARNIVAL STEM ANJURAN UITM CAWANGAN SABAH KAMPUS KOTA KINABALU

 

Pada 03 Julai 2024, YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sempat meluangkan masa melawat reruai Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) 2024 di Dewan Al-Bukhari UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Karnival STEM 2024 ini dilihat sangat meriah dengan penglibatan pelbagai sekolah dari Kawasan sekitar yang mengambil bahagian. Hal ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif dalam bidang inovasi di peringkat akar umbi seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman sempat mengunjungi beberapa reruai untuk bertanyakan soalan dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang merupakan pelapis kepada industri penyelidikan dan inovasi negara.

Menemani YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman pada karnival ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM.

 

Disediakan oleh:

Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar   
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
193
993
6164
193545

26-12-2024