PERJUMPAAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) BERSAMA PENSYARAH UITM CAWANGAN SABAH KAMPUS KOTA KINABALU

 

Pada 03 Julai 2024, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) diketuai Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah mengadakan pertemuan bersama Pensyarah UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu bertempat di Menara Pustaka. Pertemuan dua hala merentasi Laut Cina Selatan ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Pengurusan Kanan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) terhadap pensyarah dan penyelidik UiTM Cawangan Sabah yang merupakan di antara nadi penyelidikan dan inovasi UiTM.

Di hujung acara, para pensyarah tidak ketinggalan mengambil peluang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Pengurusan Kanan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) khususnya kepada YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman sendiri.

Hadir sama pada sesi ini adalah Profesor. Ir. Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Profesor Sr. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI, ChM. Dr Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti (UKPV) dan juga Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua Unit Maklumat Stategik (UMS) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM. Manakala UiTM Cawangan Sabah turut dihadiri oleh Profesor Ts. Dr. Imbarine Hj. Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Profesor Madya Ts. Dr Viduriati Sumin, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A).

 

Disediakan oleh:

Encik Muhammad Adib Ibrahim
Penolong Pendaftar   
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
192
992
6163
193544

26-12-2024