SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD, ARKIB DAN GALERI ANJURAN BERSAMA JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU), PTAR DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

25 Jun 2024 (Selasa) | Talimat Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod, Arkib & Galeri

Taklimat oleh Yang dihormati Encik Ahmad Amiri Mohamad, Mantan Timbalan Ketua Pustakwan Kanan, Jabatan Arkib Universiti (JAU) PTAR bagi Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod, Arkib Dan Galeri Anjuran Bersama Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi). Sesi ini turut dihadiri seramai 90 Orang terdiri daripada tiga (3) Wakil oleh setiap PTJ termasuk Pusat Kecemerlangan (HiCoe & CoE) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu Pengarah, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) serta sepuluh orang delegasi dari Jabatan Arkib Universiti (JAU).

Melalui taklimat yang diberikan oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, beliau telah memperkenalkan Encik Ahamad Zuber Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan baharu di JAU yang akan menggantikan tugas beliau serta barisan staf lantikan baharu yang akan menjalankan tugas di Jabatan Arkib Universiti (JAU). Beliau turut mengucapkan Tahniah kepada Institut Sains yang berjaya memperoleh tempat pertama Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTMdan juga Institute of Business Excellence (IBE) yang mendapat tempat kedua bagi Pengurusan Rekod terbaik semasa Sambutan Majlis Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Bagi Tahun 2024.

 

Disediakan oleh:

Siti Farah Wahidah Mohamed Saki
BPSM
 
 
 
           

 

         
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
112
1197
4198
177664

18-10-2024