KURSUS PENGURUSAN & KEPIMPINAN BERKESAN ANJURAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kursus Pengurusan & Kepimpinan Berkesan anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2024. Diketuai oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC (P&I) UiTM. Kursus ini dijalankan selama dua hari satu malam di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Turut hadir YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua PTJ serta lantikan-lantikan baharu pentadbir akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Taklimat yang disampaikan Profesor Dato Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan, FASc selaku Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkenaan Managing People at University banyak berkongsikan contoh dan tips kepimpinan beliau semasa menjalankan tugas di USM. Seterusnya taklimat penyeliaan berkesan oleh Tuan Haji Abdul Manaf Yassin, Konsultan, Hessray Management Consultancy Services telah memberikan impak positif di
kalangan peserta yang terdiri daripada lantikan-lantikan baharu di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman menerusi sesi bicara hati turut mengingatkan kepada peserta bahawa ”A leader sees talent with the heart, coaches with the mind & mentors with the soul; to empower and motivate excellence and build a legacy”.

 

Disediakan oleh:

Muhammad Danial Farhan Mohd Fauzi
Siti Farah Wahidah Mohamed Saki
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
120
1205
4206
177672

18-10-2024