PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 6 TAHUN 2024 DI PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

28 Jun 2024 (Jumaat) | Ukhuwah@PI Siri 6 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I).

Bacaan Yasin dalam program Ukhuwah@PI kali ini telah dipimpin oleh Encik Muhammad Haziq Jaffri, Pegawai Penyelidik daripada Institute of Business Excellent (IBE). Seusai bacaan Yasin, Ts. Mohd Rafizi Rahmad dijemput untuk memberi ucapan selamat datang kepada lantikan baharu Pentadbir Akademik dan Staf Kontrak di Pejabat TNC (P&I). Selain itu, ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Staf Kontrak yang akan meninggalkan Pejabat TNC (P&I) pada bulan Jun dan Julai 2024.

Program diteruskan dengan penyerahan Surat Penghargaan APC 2023 kepada 23 orang penerima di bawah 22 Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta serahan sumbangan daripada Kelab Kebajikan PTNCPI. YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mengucapkan tahniah kepada empat (4) orang Pentadbir Akademik Pejabat TNC (P&I) atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas (C) (VK7). Beliau berharap agar tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh beramanah. Ucapan YBhg. TNC (P&I) diakhiri dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Zalzalah, “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula" (Ayat 7-8).
 
 

 

Disediakan oleh:

Nur Ruzana Rosli / Haryani Hanip
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
110
1195
4196
177662

18-10-2024