LAWATAN PENANDA ARAS KE PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Lawatan Penanda Aras Pejabat TNC (P&I) Universiti Teknologi MARA ke Pejabat TNC (P&I) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15 Mei 2024.

Lawatan ini di ketuai oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC (P&I) UiTM bertujuan bagi mendapatkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan di UPM khususnya dalam tadbir urus Pusat Kecemerlangan, perundingan dan penyelidikan. Kunjungan ini disambut mesra oleh warga kerja Pejabat TNC (P&I), UPM, Serdang, Selangor.

Selain itu, Pejabat TNC (P&I) UiTM di bawa melawat ke Galeri Putra Science Park, dan iCoE Farm Fresh @ UPM. Hasil daripada lawatan penanda arasan ini diharap dapat memberikan manfaat dalam meningkatkan ilmu pengurusan dan pentadbiran di kalangan 30 orang staf pentadbiran Pejabat TNC (P&I) yang terlibat dalam peningkatan mutu kerja. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak UPM di atas kerjasama & hospitality sepanjang sesi lawatan berlangsung.
 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
117
1202
4203
177669

18-10-2024