TAKLIMAT INTANGIBLE TECH TRANSFER (ITT) OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA (MITI)

Pada 28 Februari 2024, BITCOM telah mengadakan satu sesi perkongsian yang bertajuk “Introduction to Strategic Act 2010 (STA 2010)

– The Relevance to Academic Research” bersama-sama para penyelidik Universiti Teknologi MARA. Penceramah yang telah dijemput untuk sesi ini adalah En Ahmad Azrie Ahmad Bhari (Penolong Pengarah Kanan, Sekretariat Perdagangan Strategik (STS), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Melalui sesi ini, BITCOM mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memperkenalkan Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) secara umum kepada warga Universiti Teknologi MARA. Peluang ini juga digunakan sebagai satu wadah untuk berkongsi tentang peranan universiti dan ahli akademik dalam membantu kerajaan mengawal dan mengekang sebarang aktiviti penyelidikan yang berpotensi untuk pembangunan senjata pemusnah besar-besaran. Diharapkan melalui sesi perkongsian ini, warga akademik Universiti Teknologi MARA lebih cakna dan komited untuk mengembling tenaga bersama kerajaan dalam menunaikan obligasi antarabangsa disamping memastikan keselamatan negara.




Disediakan oleh:

Dr. Muhamad Helmi Muhamad Khair
Koordinator Harta Intelek
28 Februari 2024

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
107
1126
6297
193678

27-12-2024