16 Februari 2024 | Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Awam (Universiti Bukan Penyelidikan),
telah diadakan pada 16 hingga 18 Februari 2024 di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM telah dipilih sebagai tuan rumah mesyuarat oleh kumpulan 15 Universiti Awam (Universiti Bukan Penyelidikan) yang dikenali sebagai U15. Mesyuarat selama 3 hari tersebut dipengerusikan oleh Professor. Dr. Azizi bin Miskon, TNCPI UPNM. Agenda utama mesyuarat ialah untuk menyediakan kertas kerja hala tuju penyelidikan U15 sempena RMK-13. Mesyuarat turut dihadiri YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini binti Azman, Timbalan Ketua Pengarah JPT KPT yang Bersama dalam merangka strategi dan memberikan idea-idea penambahbaikan. Pegawai dan kakitangan dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dilantik sebagai ex-officio dan urusetia mesyuarat dibantu dengan sangat baik oleh pegawai, pensyarah dan staf dari Kampus Mukah.