31 Januari 2024 | Mesyuarat Kelestarian Journal of Administrative Science (JAS) Bersama Dengan Ketua Etika dan Penerbitan UiTM
Kunjungan tersebut disambut oleh Profesor Madya Dr Nor Hafizah Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Dr Radduan Yusof, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Dr Nur Zafifa Kamarunzaman (Koordinator Penyelidikan), Profesor Madya Dr Suseela Devi Chandran, Ketua Penyunting JAS, Dr Farhatul Mustamirrah Mahamad Azizi, Penyunting Mengurus JAS, Dr Aida Abdullah, Penyunting Naskhah JAS, Profesor Madya Dr Azizan Zainuddin, ahli sidang editor JAS, Dr Sharifah Faatihah Syed Mohd Fuzi, ahli sidang editor JAS dan Dr Hanim Ismail, ahli sidang editor JAS.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan oleh Profesor Madya Dr Suseela Devi Chandran, Ketua Penyunting JAS berkenaan kekuatan jurnal dan kekangan yang dihadapi pihak pengurusan jurnal. Beliau turut membentangkan berkenaan strategi penerbitan jurnal.
Dr Yong telah memberi taklimat berkenaan penandaarasan JAS, pengindeksan dalam beberapa pangkalan data seperti MyCite, ASEAN Citation Index (ACI), Scopus dan Web of Science (WOS), dan penggunaan sistem penyerahan manuskrip (OJS UiTM) untuk terbitan JAS.