30 Januari 2024 | Majlis menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama JWC Roastery Sdn. Bhd
telah diadakan pada 30 Januari 2024. MoA berkenaan telah ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan En. Nelson Lai Sze Chern, Ketua Pengarah Eksekutif JWC Roastery Sdn. Bhd. Turut hadir ke majlis ini adalah Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM. Kerjasama strategik ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran di dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi industri kopi negara. Ianya menjadi titik permulaan kolaborasi di mana ianya menggabungkan kepakaran para penyelidik Microwave Research Institute, UiTM di dalam bidang teknologi gelombang mikro dan kecerdasan buatan dalam penyelidikan berkaitan kopi.