MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN UiTM DAN ALAGAPPA UNIVERSITY, INDIA

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN UiTM DAN ALAGAPPA UNIVERSITY, INDIA

SHAH ALAM, 10 MAC 2025  – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA berbesar hati menyambut kedatangan wakil Universiti luar negara ke UiTM dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan di antara UiTM dan Alagappa University, India di Bilik Mesyuarat Nilam, Bangunan Wawasan UiTM. 

Mesyuarat memberi fokus kepada perbincangan peluang-peluang mendapatkan geran antarabangsa dan seterusnya aktiviti dan hala tuju UiTM dalam meningkatkan pencapaian penerbitan dan kolaborasi antarabangsa melalui geran antarabangsa bagi tahun 2025.

Alagappa University, India dihadiri oleh Profesor Dr. K. Balamurugan, Senior Profesor & Head, Department of Biotechnology manakala daripada Jabatan Penyelidikan & Inovasi diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman bersama Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, dan turut hadir adalah barisan Pengurusan ReNeU. 

Kolaborasi ini akan memberikan impak visibiliti kepada penyelidik UiTM hasil dari kolaborasi antarabangsa serta boleh melonjakkan lagi ketampakan penyelidik UiTM di peringkat antarabangsa.

 

Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

     
   



Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm