Image

Model Kompetensi UiTM: Tonggak Keunggulan Warga Universiti

Model Kompetensi UiTM telah disahkan oleh Majlis Sumber Manusia (MSM) UiTM pada 15 Januari 2021. Dibangunkan sebagai panduan menyeluruh dalam memperkasakan kompetensi warga kerja UiTM, sejajar dengan aspirasi kecemerlangan. Model ini merangkumi lima jenis kompetensi utama yang saling melengkapi dalam membentuk individu berintegriti, profesional dan berdaya saing tinggi.

  1. Kompetensi Teras (Core)
    Merangkumi kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh semua warga UiTM. Kompetensi ini menjadi asas dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi berorientasikan pelanggan.
     
  2. Kompetensi Kepimpinan (Leadership)
    Fokus kepada kebolehan strategik dalam memimpin, membina jaringan kolaboratif, memimpin perubahan dan melaksanakan dasar. Ia amat penting bagi mereka yang berada dalam jawatan pengurusan dan kepimpinan agar mampu membawa organisasi ke tahap lebih tinggi.
     
  3. Kompetensi Generik (Generic)
    Adalah asas penting dalam melaksanakan tugas. Berbeza mengikut pecahan utama warga kerja UiTM:
    i.    Akademik: Penekanan terhadap pengajaran, penyelidikan dan pembangunan pelajar bagi memastikan kecemerlangan akademik dan inovasi berterusan.
ii.   Pentadbiran: Tumpuan kepada pengurusan operasi, kewangan, aset, dokumentasi rasmi serta sumber manusia yang efisien dan sistematik.
     
  4. Kompetensi Fungsian (Functional)
    Merujuk kepada keperluan khusus mengikut skim perkhidmatan, sama ada akademik atau pentadbiran. Ia melibatkan kecekapan fungsi kerja yang berkaitan secara langsung dengan bidang tugas seseorang dalam skim perkhidmatan tersebut.
     
  5. Nilai Individu – iDART
    Lima nilai utama iaitu Ilmu, Disiplin, Amanah, Rajin dan Tanggungjawab yang membentuk budaya kerja cemerlang dan menjadi tunjang kepada amalan beretika serta profesionalisme dalam kalangan staf UiTM.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia (BPSSM)
JPI UiTM

 

Pemangkin Idea

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm