BUILDING RESEARCH IMPACT AND PARTNERSHIPS WEBINAR

BUILDING RESEARCH IMPACT AND PARTNERSHIPS WEBINAR

SHAH ALAM, 10 MAC 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA telah mengadakan sesi webinar kepada warga akademik UiTM bertajuk Building Research Impact and Partnerships Webinar secara hibrid bersiaran secara langsung daripada UiTM Shah Alam.

Webinar ini memberikan tips kecemerlangan bagi mencapai penyelidikan berimpak tinggi yang merangkumi pembangunan kerjaya, impak penyelidikan, jaringan dan kerjasama dengan sesi perkongisan dan perbincangan interaktif bersama penceramah jemputan dari Alagappa University, India.

Objektif penganjuran program adalah :

1. Meningkatkan pencapaian staf akademik UiTM dalam mencapi first class academic mind set dalam penyelidikan.
2. Mencapai strategi dan pelan tindakan Strategic Action Plan (SAP) ReNeU untuk memberikan input bagi penyediaan geran dan artikel penyelidikan berimpak.
3. Menyediakan platform interaktif bersama penceramah bagi mendapatkan nasihat dan pandangan.

Penceramah jemputan bagi sesi webinar adalah Profesor Dr. K. Balamurugan, Senior Profesor Head, Department of Biotechnology, Alagappa University, India dan moderator program adalah Ts. ChM. Dr Wan Zuraida Wan Mohd Zain, Koordinator Energy & Environment (EE). Seramai 330 penyelidik UiTM hadir secara atas talian bagi mendengar taklimat yang berimpak ini.

Program seumpama ini harus sentiasa diadakan bagi mengenal pasti sasaran penyelidik agar permohonan geran penyelidikan boleh dirancang, dilaksanakan, dan disampaikan dengan lebih berkesan bagi memenuhi keperluan dan harapan UiTM dalam melonjakkan aktiviti penyelidikan.

 

Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

     
   

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm