MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICOE) CARDIOVASCULAR ADVANCEMENT AND RESEARCH EXCELLENCE INSTITUTE (CARE INSTITUTE) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

SHAH ALAM, 17 FEBRUARI 2025 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) mengadakan Mesyuarat Pembentangan Laporan Prestasi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Cardiovascular Advancement and Research Excellence Institutte (CARE Institute) di Bilik Mesyuarat Topaz Bangunan Wawasan UiTM.

Tujuan pembentangan adalah untuk melihat laporan pencapaian KPI CARE Institute bagi 3 bulan pertama 2025 mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sesi pembentangan telah diadakan bersama panel penilai KPT yang terdiri daripada

1. Profesor Dr. Nooritawati Md Tahir, UiTM
2. Profesor Madya Dr. Aman Mohd Ihsan Mamat, UiTM
3. Profesor Madya Ts. Dr. Shariff Che Ibrahim, UiTM

Pembentangan bagi pencapaian KPI CARE Institute dibentangkan oleh Profesor Dr Mohd Yusmiaidil Putera Mohd Yusof dengan kehadiran Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu CARE Institute.

Mesyuarat dan pembentangan pelaporan ini dipengerusikan oleh YBrs Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) mewakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI)
bersama delegasi JPI. Turut hadir adalah YBrs. Profesor Dr. Tazul Izan Tajuddin, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu HICoE Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN).

Semoga CARE Institute akan terus cemerlang dan terus berjaya melonjakkan kecemerlangan HICoE di UiTM.

 

Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kana
Neksus Penyelidikan UiTM

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
35
1438
6360
206906

22-02-2025