SHAH ALAM, 14 FEBRUARI 2025 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) mengadakan webinar sesi perkongsian Yayasan Petronas 2025: Winning Proposal kepada staf akademik UiTM.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan panduan dan inspirasi kepada staf akademik UiTM dalam menyusun cadangan penyelidikan yang berdaya saing bagi memperoleh geran Yayasan PETRONAS.
ReNeU menjemput Profesor Madya Ts. Dr. Wan Ismahanisa Ismail, penerima YP Grant 2023-2025 bagi berkongsi tips dan pengalaman di dalam proses permohonan geran sehingga memperoleh kejayaan geran. Peserta juga mendapat pendedahan tentang strategi efektif, kriteria penilaian, serta aspek kritikal dalam penyediaan proposal yang berjaya.
Sesi Perkongsian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Health & Wellness (HW), Profesor Madya Dr Akehsan Hj. Dahlan, mewakili Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM dan dikawal selia oleh Koordinator Health & Wellness (HW), Dr. Noor Azliyana Azizan.
Sesi perkongsian ini memberi impak besar dalam meningkatkan kadar kejayaan permohonan geran, menggalakkan inovasi, dan memperkasa budaya penyelidikan di kalangan akademia UiTM serta komuniti penyelidik yang lebih luas.
Disediakan oleh:
Dr Azliyana Azizan (Koordinator HW)