SHAH ALAM, 17 FEBRUARI 2025 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) mengadakan Mesyuarat dan Pembentangan Pelan Tindakan & Hala Tuju HICoE Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN) di Bilik Mesyuarat Topaz, Bangunan Wawasan UiTM Shah Alam.
Tujuan pembentangan adalah untuk melihat Pelan Tindakan dan Hala Tuju HICoE Berpotensi INSAN dengan perincian strategi dan perancangan program bagi tahun 2025 supaya sejajar dengan KPI yang perlu dicapai bagi melonjakkan kecemerlangan dalam bidang Budaya & Industri Kreatif terfokus Budaya Kepulauan Melayu.
Pelaporan pembentangan INSAN diketuai oleh Profesor Madya Dr Rusmadiah Anwar. Turut hadir sama bagi mendengar pembentangan adalah Penolong Naib Canselor KPSK, Prof Tazul Izan bersama Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu HICoE Berpotensi INSAN.
Sesi pembentangan ini juga telah dihadiri oleh barisan panel penilai KPT yang terdiri daripada:-
1. Profesor Dr Stefanie Shamila Pillai, Universiti Malaya
2. Profesor Dr Nooritawati Md Tahir, UiTM
3. Profesor Madya Dr Aman Mohd Ihsan Mamat, UiTM
4. Profesor Madya Ts. Dr Shariff Che Ibrahim, UiTM
5. Profesor Dr Aidah Jumahat, UiTM
Mesyuarat dan Pembentangan ini dipengerusikan oleh YBrs Profesor Dr Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM mewakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) JPI bersama delegasi JPI yang terdiri daripada Timbalan – Timbalan Pengarah, Koordinator dan staf ReNeU dan RMC.
Semoga INSAN akan terus berjaya dalam melakar karya seni serta menjadi platfom berkualiti tinggi dan menjadi pakar rujuk dalam bidang nic budaya dan industri kreatif serta memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial dan budaya negara.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM