Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Digital Document Management System 2.0 (DDMS2.0) pada 18 Februari 2025. Taklimat selama 3 jam 30 minit ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta wakil dari 22 Pusat Tanggungjawab di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.
Puan Azniza Hj Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan dan Puan Seri Ida Idayu Sarffuddin, Pembantu Pustakawan Kanan dari Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah menyampaikan taklimat mengenai penggunaaan klasifikasi fail yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 dan tatacara penggunaan sistem DDMS2.0 kepada semua Pendaftar Rahsia, Pegawai Pengelas, Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan di JPI yang hadir.
Diharapkan taklimat sistem DDMS2.0 yang dianjurkan berjaya mencapai objektif dalam memberikan pemahaman mendalam kepada staf di JPI khususnya dalam proses merekod dan mengurus dokumen rasmi dengan lebih efisien serta memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh UiTM.
Disediakan oleh:
Haryani Hanip CHRO, MMIHRM
Pegawai Eksekutif
BPSSM, JPI