UKHUWAH@PI SIRI 3 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

21 Mac 2024 (Khamis) | Ukhuwah@Pi Siri 3 dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (P& I). 

Program yang membawa objektif bagi mengeratkan silaturrahim di antara warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) secara bulanan ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri, Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Islam. Usai bacaan Yasin, Ts. Mohd Rafizi Rahmad dijemput untuk memberi ucapan selamat datang dan tahniah kepada lantikan baharu Pentadbir Akademik dan Staf Kontrak di Pejabat TNC (P&I). Selain itu, ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Pentadbir Akademik dan Staf Kontrak yang telah tamat tempoh lantikan di Pejabat TNC (P&I).
 
Ukhuwah@PI Siri 3 telah dihadiri seramai hampir 200 orang dan YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir bersama-sama ahli keluarga bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan mengimarahkan Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.)


Disediakan oleh:

Nur Ruzana Rosli
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
( Penyelidikan & Inovasi )
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : tncpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
175
1552
7527
131867

28-04-2024