PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 2 DI PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

23 Februari 2024 | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah melaksanakan Program Ukhuwah @ PI Siri 2

secara hybrid pada 23 Februari 2024. Program yang membawa objektif bagi mengeratkan silaturrahim di antara warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ini dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Encik Muhammad Adib Ibrahim, Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia (BPSM). Usai Bacaan Yassin, beliau turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan hal ehwal pentadbiran kepada seluruh warga. YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sempat meluangkan masa menyampaikan ucapan aluan majlis dan berharap program ini dapat diteruskan setiap bulan bagi tahun 2024 ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga yang meluangkan masa pada program ini. 

 

 

See Details

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
( Penyelidikan & Inovasi )
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : tncpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
149
2229
3710
136915

11-05-2024