KEJAYAAN PROGRAM HIKING ANJURAN KELAB KEBAJIKAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UiTM

17 Februari 2024 (Sabtu) | Kelab Kebajikan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

telah menganjurkan aktiviti hiking yang bertempat di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baharu, Selangor Darul Ehsan. Program ini telah menarik minat seramai 51 orang yang terdiri daripada ahli kelab, bukan ahli serta keluarga. Program ini berjalan dengan lancar sekaligus memberi banyak manfaat kepada peserta dari segi aspek kesihatan, memupuk semangat kerjasama seterusnya mengeratkan silaturrahim antara rakan sekerja. Menghirup udara segar dan sejuk yang jauh daripada pencemaran di bandar dapat dirasai di sepanjang perjalanan untuk menuju ke puncak dimana peserta perlu merentas empat (4) anak sungai yang dipenuhi dengan ikan dan arus air yang deras serta berpeluang menikmati keindahan pelbagai flora dan fauna. Rata-rata peserta telah memberi maklumbalas amat berpuas hati dan berharap akan mengadakan program ini secara berkala. 

 

 

See Details

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
( Penyelidikan & Inovasi )
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : tncpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
122
2202
3683
136888

11-05-2024