SESI PERJUMPAAN WARGA UiTM CAWANGAN SARAWAK BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI PEJABAT TNCPI

15 Februari 2024 | Sesi Perjumpaan warga UiTM Cawangan Sarawak bersama Pengurusan Tertinggi Pejabat TNCPI

Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 1, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan sekitar jam 9 pagi hingga 12 tengah hari yang dihadiri oleh semua pengurusan tertingggi serta warga UiTM Cawangan Sarawak.

Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah untuk memupuk semangat warga universiti khususnya Staf Akademik untuk berbakti dan menyumbang kepada pembangunan penyelidikan, penerbitan dan inovasi serta meninjau dan mengenal pasti potensi dan peluang yang ada di Sarawak secara amnya dan Kampus cawangan khasnya untuk tujuan penyelidikan, inovasi dan penerbitan.

Delegasi daripada UiTM Shah Alam telah diketuai oleh Profesor. Dr Nor Azura Md Ghani, selaku Pengarah Research Management Centre (RMC), Profesor Madya Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Prof. Ts. Dr Mohd Rozi Ahmad, Pengarah Research Nexus UiTM (ReNeU), dan Prof. Ts. Dr Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM. Turut hadir En Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) serta En Muhammad Adib Ibrahim, Penolong Pendaftar, Pejabat TNCPI.

 

 

See Details

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
( Penyelidikan & Inovasi )
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : tncpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
124
2370
3851
137056

12-05-2024