PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 2 TAHUN 2025 DI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 2 TAHUN 2025 DI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Ukhuwah@PI dengan jayanya telah diadakan pada 28 Februari 2025 di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam. Majlis ini diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada semua PTJ di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang berada di luar kawasan UiTM Shah Alam turut sama dapat menyertai bacaan yasin bulanan secara atas talian.

Majlis dimulakan dengan pembuka bicara daripada Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Beliau mengingatkan kepada semua warga JPI agar melaksanakan tugas dengan mengikut peraturan dan tatakelola dengan betul terutamanya yang menguruskan hal kewangan. Beliau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima.

Seusai bacaan yasin majlis disusuli sesi perkongsian daripada Encik Mohammad Sufian Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan, Penerbit UiTM bertajuk Penyuntingan Berketerampilan.

Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia turut membuat pemakluman berhubung lantikan baharu, lantikan semula, ucapan penghargaan kepada staf yang telah berhenti/ bertukar/bersara serta pelantikan staf sebagai Jawatankuasa Persatuan UiTM.

Semoga majlis ukhuwah ini terus diberkati dan dirahmati.

 

Disediakan oleh:
Haryani Hanip CHRO/MMIHRM
Pegawai Eksekutif
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm