MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA UiTM DAN HUNGARIAN UNIVERSITY OF FINE ARTS

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA UiTM DAN HUNGARIAN UNIVERSITY OF FINE ARTS

SHAH ALAM, 12 FEBRUARI 2025  – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) melalui Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) berbesar hati menyambut kedatangan Universiti luar negara ke UiTM dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan di antara UiTM dan Hungarian University of Fine Arts secara bersemuka di UiTM.  

Mesyuarat memberi fokus kepada perbincangan peluang-peluang mendapatkan geran antarabangsa dan seterusnya aktiviti dan hala tuju Geran Erasmus UiTM untuk tahun 2025.

Turut hadir adalah Profesor Eros Istvan, Rektor Hungarian University of Fine Arts manakala Delegasi Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) UiTM pula diketuai oleh YBrs Profesor Madya Ts Dr Rafeah Legino, Timbalan Pengarah Logistik & Pengangkutan mewakili Pengarah Neksus Penyelidikan dan YBrs. Profesor Dr. Nor Azura Md Ghani, Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan turut hadir adalah delegasi daripada Pusat Kecemerlangan Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN). 

Kolaborasi di antara UiTM dan Hungarian University of Fine Arts, Hungary perlu diteruskan pada masa yang akan datang supaya sinergi dan visibiliti dalam menghasilkan output terbaik dapat direalisasikan demi kepentingan bersama akademik di peringkat dalam dan luar negara.

 


Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kana
Neksus Penyelidikan UiTM

 

 
 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm