27 Januari 2025 (Isnin) - Penerbit Universiti Teknologi MARA (UiTM) diketuai oleh Profesor Sr. Ts. Dr. Zulhabri Ismail bersama barisan pengurusan telah mengadakan kunjungan ke Pusat Percetakan (UiTM PRINT).
Tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan kakitangan Unit Pemasaran yang baharu, mendapatkan maklumat status kemajuan cetakan buku, membincangkan kaedah berkesan bagi prosedur tempahan kerja percetakan dan isu-isu berbangkit berkaitan proses percetakan. Penerbit UiTM juga dibawa melihat proses percetakan buku-buku terbitan Penerbit UiTM yang sedang dijalankan oleh Pusat Percetakan (UiTM PRINT).
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan sinergi dan kebersamaan kedua-dua pihak dalam memastikan hasil cetakan bahan terbitan Penerbit UiTM yang berkualiti tinggi dan menepati tempoh masa yang ditetapkan selain mencapai sasaran penjanaan pendapatan Universiti.
Disediakan oleh:
Fatin Amalina Rohadi
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM