Pada 22 Januari 2025, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan perjumpaan Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia (BPSSM) bersama 22 Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bermula jam 9:00 pagi di Bilik Mesyuarat Ruby dan Topaz, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perkara berbangkit berhubung isu sumber manusia, menyelaras proses gerak kerja di PTJ dan kebajikan staf.
Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia (BPSSM), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah memberi taklimat berkenaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berasaskan kompetensi, perkhidmatan staf kontrak, tarikh-tarikh penting bagi mesyuarat di JPI dan perancangan latihan / program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2025.
Beliau juga turut menekankan agar semua staf mengamati Amanat Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Amanat Naib Canselor UiTM yang menitikberatkan 7 Fokus Utama bagi membawa gelombang pencapaian bertemakan 'GLOBALLY RENOWNED, LOCALLY ROOTED' menjelang 2025. Beliau mengakhiri perjumpaan ini dengan menasihati semua warga kerja supaya terus berkhidmat dengan cemerlang bagi meningkatkan prestasi dalam tugasan seterusnya menyumbang kepada kejayaan PTJ masing-masing.
Disediakan oleh:
Amalina Azmi/ Haryani Hanip