Pada 20 dan 21 Januari 2025, Penerbit Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik 2025-2027 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM, Bandar Enstek. Bengkel dua hari ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Penerbit UiTM yang dipimpin oleh Profesor Sr. Ts. Dr. Zulhabri Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, serta kehadiran Puan Hajar Aswati Zamhari, Penolong Bendahari Kanan Unit Kewangan Zon 12.
Bengkel ini mempunyai tujuan utama untuk menyusun strategi dan merangka pelan tindakan bagi mencapai Performance Indicators (PI) yang telah ditetapkan oleh Universiti. Selain itu, laporan pencapaian Perancangan Strategik 2022-2024 telah dibentangkan oleh Ketua Unit masing-masing untuk menilai keberkesanan perancangan terdahulu. Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), turut hadir memberikan taklimat berkenaan Tadbir Urus JPI.
Semua kakitangan yang hadir menunjukkan komitmen tinggi dengan menyumbang idea dan pandangan untuk memastikan pelan tindakan strategik jabatan selaras dengan objektif Pelan Strategik UiTM 2025. Bengkel ini dijangka memberi impak besar terhadap pencapaian dan kecemerlangan Penerbit UiTM sebagai pusat penerbitan tunggal yang menyokong usaha penjanaan pendapatan Universiti.
Disediakan oleh:
Fatin Amalina Rohadi
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM