SANTAI BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN PENTADBIRAN STRATEGIK DAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

​Program Santai bersama Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 20 Januari 2025 jam 11.00 pagi. Program selama dua (2) jam ini diadakan khusus kepada staf kontrak lantikan Tabung Amanah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bertempat di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan iaitu seramai 58 orang sebagai satu platform dan ruang kepada staf kontrak untuk berinteraksi dengan Pengarah dan Pengurusan di JPI. Sesi perkongsian dibuat berhubung pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada staf kontrak, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) tahun 2025, program/ latihan yang telah dilaksanakan tahun 2024 dan perancangan tahun 2025.

Diharapkan semua staf kontrak cakna terhadap pemakluman dan perkongsian yang telah dibuat oleh Ketua Pentadbiran, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

Haryani Hanip CHRO, MMIHRM
Pegawai Eksekutif, BPSSM

 

 
 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
512
1289
1790
202336

05-02-2025