Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan latihan induksi di kalangan staf kontrak lantikan baharu melalui program Kickstart@PI.
Program ini diadakan bagi memperkenalkan budaya organisasi serta membantu staf menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja dan tanggungjawab yang baharu. Seramai 21 orang staf kontrak lantikan tahun 2024 dan Januari 2025 terlibat bagi sesi latihan selama dua (2) hari pada 13 hingga 14 Januari 2025 bertempat di Bilik Seminar dan Makmal Komputer di MITRANS, Bangunan Ilmu, UiTM Shah Alam. Sebanyak enam (6) modul telah dibangunkan bagi program Kickstart@PI seperti berikut:
Modul 1: Pengenalan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Penceramah: Encik Muhammad Adib Ibrahim, Penolong Pendaftar, BPSSM
Modul 2: Pengurusan Kewangan
Penceramah: Puan Siti Farah Wahidah Mohamed Saki, Pegawai Eksekutif, BPSSM
Modul 3: Penggunaan Sistem Automasi Pejabat (OA)
Penceramah: Encik Mohd Naufal Hishamuddin, Pembantu Khidmat Am, BPSSM
Modul 4: Penggunaan Sistem e-Mesyuarat
Penceramah: Puan Haryani Hanip, Pegawai Eksekutif, BPSSM
Modul 5: Pengukuhan Tatakelola Penyelidikan dan Inovasi
Penceramah: Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah, BPSSM
Modul 6: Penulisan Dokumen Rasmi
Penceramah: Puan Intan Syazlina Mohd Ali, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Undang-
Undang
Diharapkan latihan induksi yang diberikan dapat membantu staf kontrak untuk memahami struktur organisasi Jabatan Penyelidikan dan Inovasi serta penggunaan sistem dan prosedur yang betul dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
Haryani Hanip CHRO, MMIHRM
Pegawai Eksekutif, BPSSM