PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 11 TAHUN 2024 DI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

13 Disember 2024 (Jumaat) | Ukhuwah@PI Siri 11 anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

Bacaan Yasin dalam program Ukhuwah@PI Siri 11 telah diadakan di Aras 3, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam dengan pimpinan oleh Encik Mohd Noor Azliy Abdullah, Pegawai Eksekutif, BITCOM dan dihadiri hampir 100 orang secara bersemuka dan atas talian.

Seusai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Ts. Salifairus Mohammad Jafar, Pegawai Sains Kanan di IoS mengenai Projek Khas Naib Canselor (VCSP) P303: Administrative Staff International Job Shadowing yang telah dihadiri pada 24 November hingga 1 Disember 2024 bertempat di Pohang University of Science and Technology, South Korea. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian kedua daripada Encik Mohammad Zulfadhly Jan Jam, Penolong Pegawai Penyelidik Kanan di iPROMISE mengenai Kursus Perkhidmatan Pelanggan yang telah dihadiri pada 25 September 2024 bertempat di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Sejurus itu, Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah BPSSM dijemput untuk memberi ucapan selamat datang kepada lantikan baharu Kontrak bulan November 2024. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua (2) warga Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang terpilih untuk menyertai Administrative Staff International Job Shadowing pada 24 November hingga 1 Disember 2024 iaitu:

i. Ts. Salifairus Mohammad Jafar, Pegawai Sains Kanan, IoS
   - Pohang University of Science and Technology (POSTECH), Korea
ii. Ts. Irmaizatussyehdany Buniyamin Timbalan Pegawai Penyelidik, IoS
    - Edith Cowan University (ECU), Australia

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada dua (2) staf JPI yang telah dilantik memegang jawatan penting di Persatuan Pegawai Penyelidik Universiti Malaysia (MROS) seperti berikut:

i. Ts. Mohd Khairil Adzhar Mahmood, Timbalan Pegawai Penyelidik, MRI
- Pelantikan sebagai Timbalan Bendahari Sesi 2024/2026
ii. Encik Mohd Yusri Idorus, Timbalan Pegawai Penyelidik, IBSD
- Pelantikan sebagai Ahli Exco Sesi 2024/2026

YBrs. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, TNC (P&I) kemudiannya dijemput untuk memberikan ucapan penutup bagi sesi terakhir Ukhuwah@PI tahun 2024. Beliau mengucapkan tahniah kepada kepada seluruh warga JPI yang telah berjaya melaksanakan program yang berimpak tinggi seperti Team Building, Hari Keluarga, Sambutan Kemerdekaan, Lawatan Penandaarasan ke UPM dan UTP, Majlis Apresiasi JPI, iidex 2024, Biz.Spotlight, Majlis Sanjung Sarjana dan pelbagai lagi.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan BPSSM atas penganjuran yang berterusan dan konsisten ini. Beliau berharap agar program ini terus menjadi tradisi yang menyatukan warga JPI.

 

 “Teamwork makes dream work. Dengan kerjasama, mimpi menjadi nyata”.

 

Disediakan oleh:
Nur Ruzana Rosli/ Haryani Hanip
BPSSM

 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
511
1288
1789
202335

05-02-2025