PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 9 TAHUN 2024 DI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

04 Oktober 2024 (Jumaat) | Ukhuwah@PI Siri 9 anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

Bacaan Yasin dalam program Ukhuwah@PI Siri 9 telah diadakan di Bilik Seminar Al-Hidayah, Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam dengan pimpinan oleh Encik MohdHusni Mohd Som, Pegawai Penyelidik Kanan daripada Solar Research Institute (SRI) dan dihadiri hampir 80 orang. Seusai bacaan Yasin, Profesor Madya Dr. Zuhani Ismail Khan, Pengarah MRI dan Profesor
Ir. Dr. Nofri Yenita Dahlan, Pengarah SRI dijemput untuk memberikan sepatah dua kata selaku tuan rumah. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dalam memberi kejayaan yang besar dalam Penyelidikan dan Inovasi. Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah BPSSM juga dijemput untuk memberi ucapan selamat datang kepada lantikan baharu dan lantikan semula Pentadbir Akademik, Pentadbiran dan Kontrak bagi lantikan Ogos hingga Oktober 2024. Beliau turut berkongsi aktiviti yang telah disertai oleh warga Jabatan Penyelidikan dan Inovasi seperti berikut:
i. Team Building JPI pada 11 hingga 13 September 2024 bertempat di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
ii. Bengkel Pemantapan Pusat Kecemerlangan (CoE), Outreach ke UiTM CawanganPerlis dan lawatan ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 17 hingga 20 September 2024
iii. The 21 st International Conference for University Administrators 2024 (ICUA) yang berlangsung di Wyndham Acmar, Klang pada 27 hingga 28 September 2024

YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, TNC (P&I) dijemput untuk memberikan ucapan penutup. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet mewakili Jabatan Penyelidikan & Inovasi yang akan bertanding dalam Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) bermula pada 9 hingga 13 Oktober. Beliau juga berharap agar penganjuran acara- acara besar yang akan berlangsung tidak lama lagi berjalan dengan lancar. Semoga Ukhuwah@PI ini dapat mengeratkan silaturahim, memperkuat rasa kekeluargaan dan memupuk semangat kerjasama antara warga Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

Disediakan oleh:
Nur Ruzana Rosli/ Haryani Hanip
BPSSM

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
566
1343
1844
202390

05-02-2025