LAWATAN PEMANTAPAN PUSAT PENGURUSAN RISIKO KE PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

 

24 Julai 2024 | Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah menerima lawatan pemantapan daripada Pusat Pengurusan Risiko UiTM bertempat di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman tentang pengurusan risiko di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) khususnya 22 PTJ di bawah Pejabat TNCPI.

Delegasi Pusat Pengurusan Risiko UiTM diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Profesor Madya Ts. Norhaslinda Kamaruddin, Dr. Nura Lina Md. Elias, Koordinator Pengurusan Risiko (Operasi) dan Encik Badrul Hisham Hussein, Felo Pengurusan Risiko (Latihan dan Inovasi). Turut serta dalam sesi lawatan ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan (HICoE/ CoE), Ketua-ketua Unit / Bahagian serta Penyelaras Risiko PTJ di bawah Pejabat TNCPI.
 
Lawatan ini dimulakan dengan sesi pembentangan risiko daripada Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCPI merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilik Risiko Pejabat TNCPI. Kemudiannya, disusuli dengan ucapan aluan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko dan sesi perkongsian berhubung pengurusan risiko UiTM serta statistik keseluruhan risiko Pejabat TNCPI yang didaftarkan melalui sistem e-RMS.
 
Semoga lawatan yang diadakan ini dapat mengukuhkan sinergi antara Pejabat TNCPI dan Pusat Pengurusan Risiko serta meningkatkan kefahaman dan kepentingan risiko dalam organisasi.

 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
575
1352
1853
202399

05-02-2025