17 Mei 2024 (Jumaat) | Ukhuwah@PI Siri 5 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&).
Ukhuwah@PI dimulakan dengan bacaan Yasin melalui pimpinan oleh Encik Wazerulamin Mohd Rahim, Kerani daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Seusai bacaan Yasin, program diteruskan lagi dengan penambahan agenda baharu iaitu sesi perkongsian bersama staf Pejabat TNC (P&I). Puan Nur Ruzana Rosli, Kerani Kanan di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia serta Puan Nurulakma Hairoman, Penolong Pendaftar Kanan di Pejabat TNC (P&I) telah berkongsi pengalaman mengadakan Lawatan Penanda Arasan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan Suan Sunandha Rajabhat University di Bangkok, Thailand.
Ucapan selamat datang dan tahniah turut disampaikan oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar kepada lantikan baharu Pentadbir Akademik dan staf kontrak di Pejabat TNC (P&I) serta mengucapkan penghargaan kepada staf kontrak yang akan meninggalkan Pejabat TNC (P&I).
Ukhuwah@PI Siri 5 telah dihadiri seramai hampir 112 orang. YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir menghadiri program ini dan berharap agar lawatan penanda arasan dapat disertai lebih ramai staf bagi menimba pengalaman dan mempelajari amalan terbaik di universiti lain.

Disediakan oleh:
Nur Ruzana Rosli / Haryani Hanip
BPSM