SHAH ALAM, 20 DISEMBER 2024 – Jabatan Penyelidikan UiTM (JPI) melalui Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Proposal bertajuk Navigating Career Success: Building Research Impact and Partnerships di Bilik Seminar PTAR 1 Shah Alam.
Objektif Bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada penyelidik UiTM dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan bagi permohonan geran penyelidikan dan membina rangkaian kolaborasi di peringkat Nasional, Industri dan Antarabangsa. Penyelidik UiTM yang dijemput menghadiri bengkel ini adalah daripada latar belakang penyelidikan kejuruteraan, sains komputer, pengurusan perniagaan, perladangan dan agroteknologi, sains kesihatan, pergigian, alam bina, pengajian bahasa dan sains polisi.
Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs Profesor Ts Dr Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM dan sekaligus memberi kata-kata aluan bagi pembukaan program. Beliau menyentuh tentang mendidik minda akademik kelas pertama dengan menggalakkan kecemerlangan, pembelajaran berterusan dan perspektif global dalam penyelidikan.
Penceramah jemputan didatangkan khas daripada School of Engineering, University of Edinburgh United Kingdom, Dr Norbert Radasci.
Semoga Bengkel yang telah dijalankan ini memberi sumbangan luar biasa dalam bidang Sains dan Teknologi bagi pencapaian akademik yang berimpak tinggi serta peningkatan penerbitan di UiTM.
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
ReNeU