SHAH ALAM, 18 DISEMBER 2024 – Jabatan Penyelidikan Inovasi (JPI) UiTM melalui Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah berjaya menganjurkan Konferensi Mini sempena 11 th CSSR 2024 dengan membawa tema Navigating Uncertainty Through Post-Normal Science and Change Management. Tema ini mencerminkan komitmen JPI bagi mendapatkan solusi tepat bagi setiap penyelidikan yang dijalankan dalam melestarikan penyelidikan di UiTM.
YBrs Profesor Ts Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bertindak sebagai penasihat 11 th CSSR 2024 dan YBrs Profesor Ts Dr Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM sebagai Pengerusi 11 th CSSR 2024 bersama Jawatankuasa Utama mini konferensi memastikan program yang dijalankan berjalan lancar dan memberikan fokus kepada bidang nic Health & Wellness, Social Creativity & Innovation dan Energy & Environment.
Bagi tahun 2024, pembentangan penyelidik dalam dan luar negara dijalankan secara atas talian dan program berjalan lancar. Semoga CSSR akan sentiasa diberkati dan mengorak langkah di peringkat global dalam mengetengahkan penyelidik UiTM serta ketampakan akademik di peringkat dunia.
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
ReNeU