PEMBENTANGAN AKHIR PELAN TINDAKAN DAN HALA TUJU BAGI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) 2024 – INSTITUT PATOLOGI PERUBATAN, MAKMAL DAN FORENSIK (I-PPerForM) UiTM FASA 1

SHAH ALAM, 19 DISEMBER 2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Tinggi telah menjemput I-PPerForM bagi membuat pembentangan Pelan Tindakan dan Hala Tuju bagi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) 2024. Pembentangan diadakan secara atas talian.

 

Tujuan pembentangan adalah untuk melihat Pelan Tindakan dan Hala Tuju yang memperincikan perancangan program dan projek yang mampu melonjakkan kecemerlangan HICoE dalam bidang nic Patofisiologi Kardiovaskular.

 

Turut hadir adalah Panel Penilai KPT, diketua oleh YBrs Profesor Dato’ Dr Mohamad Isa Abd Majid bersama dua orang Panel Penilai KPT dan Puan Yogitha a/p V. Muniandy, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT bersama delegasi BKPI. Delegasi Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) UiTM pula diketua oleh YBrs Profesor Ts Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM bersama Pengurusan Kanan JPI.

 

Semoga I-PPerForM akan terus cemerlang dalam mencapai KPI yang disasarkan dan terus melonjakkan kecemerlangan HICoE dan UiTM di persada dunia.

 

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
ReNeU

 

 
 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
135
1356
4984
192365

21-12-2024