MAJLIS APRESIASI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI TAHUN 2023

30 Oktober 2024 (Rabu) - Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan bagi meraikan serta memberi penghargaan kepada seramai 129 orang staf

yang telah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)dan Anugerah Cemerlang Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (ACTNCPI) tahun 2023 seperti perincian berikut:

i. APC (staf tetap) – 23 orang
ii. APC (staf kontrak) – 5 orang
iii. ACTNCPI – 101 orang

Bertemakan “Pink & White”, majlis ini telah disambut dengan meriah di Hotel UiTM Shah Alam bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang dengan kehadiran Pengurusan Eksekutif Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Selain meraikan penerima anugerah, majlis ini turut diserikan dengan persembahan dikir barat, acara cabutan bertuah dan selingan nyanyian oleh warga kerja di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi sendiri yang menggamatkan lagi suasana sepanjang majlis berlangsung.

Profesor Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Beliau berharap agar penganugerahan ini dapat terus menjadi inspirasi kepada semua serta memberi sumbangan yang bermakna kepada perkembangan penyelidikan dan inovasi di UiTM khususnya. Semoga pencapaian ini tidak hanya menjadi pengiktirafan peribadi tetapi juga mendorong lebih ramai untuk terus berusaha, berkarya, dan memberi impak positif kepada masyarakat dalam bidang masing-masing.

Disediakan oleh:

Amalina Azmi/ Haryani Hanip
BPSSM
 
 
 
  

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
175
650
770
188151

04-12-2024