KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TNC PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Pada Jumaat, 20 September 2024, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) UiTM, yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat TNC Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Prof. Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman bersama 30 orang pegawai, kakitangan, serta wakil-wakil Pusat Kecemerlangan (CoE) dan ketua jabatan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan antara kedua-dua universiti. Pihak UniMAP pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Imran Ahmad, Pengarah Institut Agroteknologi Lestari (INSAT), serta ketua-ketua CoE yang lain. Delegasi turut dibawa melawat ke Pusat Kecemerlangan MOTECH dan AdvComp. Lawatan ini adalah bersempena bengkel pemerkasaaan CoE di UiTM Cawangan Perlis dan program outreach bertujuan memperkasakan agenda DNA Penyelidikan UiTM, sekaligus membuktikan komitmen JPI UiTM yang tidak pernah melupakakan peranan dan sumbangan penyelidik dari cawangan.

Disediakan oleh:
Ts Rafizi Rahmad
KTP | Pengarah
BPSSM JPI UiTM
 
  
         
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
158
633
753
188134

04-12-2024