LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

 

Pada 01-02 Ogos 2024, satu lawatan penandaarasan telah diadakan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pengkormersialan) Universiti Teknologi Petronas (UTP) oleh 30 staf dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan proses serta meningkatkan kualiti hasil penyelidikan.

Kenapa UTP?

Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah mencatatkan pencapaian yang luar biasa dengan meraih tempat ke-307 dalam QS World University Ranking 2024. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, tetapi juga menjadikannya contoh cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. UTP menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan yang berkualiti dan hasil penyelidikan yang mengagumkan, menjadikannya rujukan yang ideal untuk penandaarasan.

Lawatan ini telah memberikan peluang berharga untuk bertukar pengalaman dan belajar dari amalan terbaik UTP, serta menambah baik proses dan strategi untuk diterapkan ke dalam Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat!

Kami berharap pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari lawatan ini akan diterjemahkan ke dalam penambahbaikan yang signifikan dalam operasi dan prestasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

 

Disediakan oleh:


Siti Farah Wahidah Mohamed Saki
Pegawai Eksekutif BPSM

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
198
998
6169
193550

26-12-2024