KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENDAFTAR UMS OLEH KTP PTNCPI

Ts. Mohd Rafizi bin Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar (KTP) PTNCPI UiTM telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar UMS.

Encik Luqman Ridha Anwar. Kunjungan ini bersempena lawatan delegasi Pejabat TNCPI, UiTM pada 4 Julai 2024 ke Pejabat TNC (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lawatan ini bertujuan untuk berbincang dan bertukar pendapat berkaitan penyelidikan dan inovasi. Delegasi turut mengambil peluang ini untuk melakukan lawatan penandaarasan di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) (HICoE), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Encik Luqman mengucapkan terima kasih kepada UiTM secara keseluruhan atas kesudian hadir. Beliau menyatakan bahawa banyak yang boleh dipelajari daripada kunjungan ini dan berharap kerjasama erat antara kedua-dua institusi dapat diteruskan.

 

Disediakan oleh:

Ts. Mohd Rafizi bin Rahmad
Ketua Timbalan Pendaftar
PTNCPI UiTM
15 Julai 2024
 
 
  
         
     
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
118
1203
4204
177670

18-10-2024